? ??????????????The Best Thing? ????? ?? ???Rating: 4.6 (32 Ratings)??26 Grabs Today. 37456 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????Night Hearts (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.7 (60 Ratings)??25 Grabs Today. 27354 Total Grabs. ??????Preview?? | ?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Ogos 09, 2009

Menjadi Diriku..

Tak seperti bintang di langit,
Tak seperti indah pelangi,
Kerna diriku bukanlah mereka
ku apa adanya.

Wajahku kan memang begini,
Sikapku jelas tak sempurna,
Kerna kuakui diriku bukanlah mereka,
Ku apa adanya.

Menjadi diriku dengan segala kekurangan,
Menjadi diriku atas kelebihanku,
Terimalah aku seperti apa adanya,
Aku hanya insan biasa
Tak mungkin sempurna...

Tetapku bangga atas apa yang kupunya,
Setiap waktu kunikmati anugerah hidup yang kumiliki.

Julai 26, 2009

Usrati.....


salam...

emm td ana dah berkongsi dengan perkongsian ilmiah. sekarang ni insyaAllah jari-jemari ni masih giat nak menaip sesuatu. disebabkan ramai dalam kalangan bloggers yang menceritakan mengenai keluarga, ana pun tergerak hati untuk buat perkara yang sama. tetapi penceritaan ana ni bukanlah sesuatu cerita yang menarik kerana ana bukanlah datang dari kelurga yang hebat, tetapi ana sentisa berbangga dengan apa yang ana ada sekarang ini. setiap insan yang bergelar anak pasti akan mempunyai perasaan kasih dan cinta yang mendalam pada keluarga masing-masing. begitu juga dengan diri ini.

"dengan kehadiranku pada keluarga, aku harapkan satu sinar cahaya kegembiraan, keinsafan dan keimanan wujud dalam diri . aku sedar aku tidak mampu untuk mengubah sesiapa, namun aku yakin Allah lebih berkuasa untuk memilih yang terbaik untuk hambaNya. kehadiranku juga dalam keluarga diharapkan dapat menunjukkan sedikit sebanyak jalan yang seharusnya kita pilih sebagai hamba yang bertaqwa. tidak sama sekali aku menyatakan diriku adalah yang terbaik. namun, diriku masih berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam keluarga.

mak ayah,

anak mu ini ingin sekali kita sama-sama merasai keindahan syurga, menikmati kesenangan akhirat, dipermudahkan urusan dunia. terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada mu yang telah bersusah mendidik aku dengan didikn yang sempurna.

ayah,

walaupun dirimu tegas suatu ketika dahulu, namun itulah yang terbaik buat anak-anakmu agar kami dapat mengenali dan menguruskan hal dunia akhirat dengan sebaiknya.

buat bonda,

aku sangat berbangga dengan kesabaran dan kelembutan mu dalam mendidik anak-anak terutamanya diriku..kau ibu yang telah mengajarku erti berdikari dan erti mengahargai.

namun sekarang rasa bersyukur ku semakin bertambah kepada Allah dengan hidayah dan petunjuk yang telah Engkau berikan kepada keluarga kami. setiap saat aku berdoa dan bersyukur dengan apa yang telah engkau kurniakan ini. alhamdulillah.....3x

buat abang-abang dan juga kakak-kakak yang aku sayangi, sama-samalah kita mendoakan sesejahteraan ayah dan bonda kita malah seluruh keluarga kita agar sentisa dilimpahi dengan rahmat Allah dan kasih sayangNya.

berusahalah untuk menjadi yang terbaik wahai keluargaku....insyaAllah kita mampu...


(dari hati adikmu......buat keluarga tersayang)

Tokoh Ikhwan Yang Menubuhkan HAMAS Di Palestin


Salam warahmatullah...


Perkongsian saya pada kali ini ialah mengenai tokoh gerakan Islam yang tidak asing lagi bagi kita iaitu Syeikh Ahmad Yassin. Seluruh umat Islam terutamanya yang sering mengikuti perkembangan mutakhir di bumi anbiya'(Palestin) mengenali beliau iaitu satu nama yang digeruni oleh bangsa Yahudi yang berusaha untuk menghapuskannya walaupun dalam keadaan fizikalnya yang tidak normal seperti manusia lain.


Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jora yang terletak di daerah Majdal dalam wilayah Aqsalan pada tahun 1938. beliau telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin. kemudian beliau dan juga keluarga telah terpaksa berpindah dan berhijrah ke Semenanjung Gaza.


Tokoh yang ingin saya perkenalkan ini merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya serta amat disayangi oleh guru-guru ketika berada di sekolah. selain itu, beliau juga seorang ahli sukan yang aktif pada zaman persekolahannya. Pada zaman mudanya juga, beliau telah ditimpa dengan satu kemalangan ketika beliau sedang beriadah dan telah menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.


pada tahun 1964 Syeikh Ahmad Yassin telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Ain Shams di kaherah. pengajian beliau di universiti tersebut tidak sampai ke penghujungnya apabila beliau ditahan dan dipenjarakan selama sebulan olek pihak berkuasa mesir. hal ini disebabkan penglibatan beliau dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1966.


Selain itu, lebih dasyat lagi beliau juga telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat untuk beliau menamatkan pengajiannya. walaubagaimanapun, uijian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan Islam dan dakwah Islamiyyah.


rasanya setakat ini dahulu pengenalan yang dapat saya kongsi pada edisi kali ini. insyaAllah akan dikupas dengan lebih lanjut mengenai tokoh kita ini pada edisi yang seterusnya. semoga kita sama-sama mengenali tokoh-tokoh harakah Islam yang sanggup berkorban apa sahaja demi Islam. tepuklah dada tanyalah iman masing-masing sejauh manakah pengorbanan yang sanggup kita gadaikan demi agama yang kita sanjungi ini. nantikan sambungan pada edisi akan datang...


Julai 25, 2009

SEGALANYA BERMULA.....


Alhamdulillah wa syukrillah...
Sama-sama dipanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan kasih dan sayang Nya kita masih merasai dan menikmati pelbagai nikmat yang tidak terhitung oleh kita.
Bermulanya hari ini, hari yang telah merubah aku untuk menjadi lebih matang dalam pengurusan dan hari yang telah meletakkan aku pada satu posisi yang sangat berat untuk dipikul. walaubagaimana pun semua ini aku terima dengan seadanya kerana aku tahu malah pasti serta yakin Dia lebih mengtahui segala sesuatu yang lebih baik berbanding hambanya.
alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah melancarkan perjalanan majlis Mesyuarat Agong Persatuan Mahasiswa Sains UPSI bagi semester ini. perlantikan dan taklifan yang disandang oleh diri sendiri dan juga sahabat sahabiah sekalian bukanlah hanya diatas kertas sahaja. malahan, taklifan ini telah Allah catat untuk kita laksanakan dengan sebaik- baiknya.
persoalan yang timbul dalam benak hatiku adalah adkah aku mampu menanggung dan menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya? aku bukanlah seorang yang hebat tetapi untuk menjadi seorang yang hebat itu adalah salah satu daripada impian dan matlamatku. aku juga sedar bahawa pemilihan ini adalah berfaktorkan kepada kekuatan dan kebolehan seseorang. kita tahu Allah tidak akan datangkan ujian kepda seseorg tanpa menilai sejauh mana orang itu dapat melaluinya.
nasihatku kepada semua dan juga diri sendiri, ingatlah bahawa apabila kita diberikan sesuatu amanah jangan sesekali kita merasakan bahawa diri kita adalah yang terhebat! jangan pula kita tertipu dengan jeritan syaitan dan nafsu yang sentiasa mendorong kita melalui jalan yang menyimpang kepada jalan yang sebenar.
kepada barisan MT Persatuan Mahasiswa Sains UPSI, sama-samalah kita beristighfar dan menjalankan amanah ini dengan sebaiknya. lakukan segalanya bersebabkan Allah yang satu dan bermatlamatkan redha dariNya.
SALAM PERJUANGAN.................

"wahai hati, sedarlah bukan pandangan manusia yang kita cari. bukan juga pujian hamba yang kita dambakan tetapi kita harus ingat bahawa pandangan Allah dan pujian kasih sayangNya yang harus kita impikan selama ini UNTUK SELAMA- LAMANYA......."

Julai 21, 2009

JIHAD


Sebahagian ahli makrifat berkata:

Jihad itu ada 3 macam.


1) Jihad melawan orang-orang kafir.

-Sesungguhnya jihad ini adalah jihad lahir.


" Mereka berjihad di jalan Allah........."


( Al- Maidah: 54 )


2) Berjuang menghadapi orang- orang yang menyebarkan ilmu dan hujah yang batil.


" Dan berbalahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan jalan yang terbaik. "


( An Nahl :125)


3) Berjihad melawan nafsu yang sentiasa menyeret pada kejahatan .


" Dan orang-orang yang berjuang dalam (menunaikan hak) kami, nescaya kami tunjuki mereka ke jalan kami......"

( Al Ankabut: 69)


Tambahan pula, Rasulullah (saw) telah bersabda bahawa jihad yang paling utama ialah memerangi nafsu. Sesunguhnya kita semua sedia maklum bahawa apabila kita berjuang berjihad melawan musuh-musuh Islam, kita dapat melihat musuh-musuh tersebut dengan mata kepala kita sendiri. Tetapi, menghadapi nafsu syaitan tidak akan kelihatan. Bukan itu sahaja, syaitan juga mempunya pembantu di pihak kita iaitu hawa nafsu. Sekiranya kita dipimpin oleh hawa nafsu kita sendiri, maka hancurlah hidup kita dan hanyutlah kita dari landasan yang sebenarnya. Kita juga sedar keinginan nafsu adalah sangat pelbagai dan bermacam- macam. Contohnya, sebagai muslimat kita sedia maklum bahawa aurat itu adalah haram hukumnya apabila didedahkan kepada individu yang bukan mahram kita. Namun demikian, disebabkan hawa nafsu yang berkeinginan tinggi untuk menonjolkan keindahan ciptaan Allah itu, kita sudah tidak hiraukan lagi segala tetapan hukum yang telah Allah tetapkan. saya ingin menyeru kepada sidang pembaca sekalian dan terutamanya kepada diri saya sendiri, bahawa segala yang haram itu, adalah tetap haram. Tiada siapa pun yang boleh mngubahnya melainkan Allah swt. Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbaiki diri, iman dan berjihad mengawal nafsu kita yang sentiasa dipengaruhi oleh syaitan. Pandulah nafsu dan diri berdasarkan Al- quran dan Al Hadis.

Julai 20, 2009

CINTA...

"aku mencintai mu kerana agama yang ada pada dirimu,
jika kau hilangkan agama yang ada dalam dirimu, maka hilanglah cinta ku padamu...."

Jun 29, 2009

kis@h cintaku

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan ity.
Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.
”Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segalaciptaanNya.
Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.” Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati.
Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian, Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi,
“Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?”
Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.
Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu,dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan.
Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang dijalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahumempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.” SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi.Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” kemudian Dia menjawab, “Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya.Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”
Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu.Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.
”Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini.
Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam erti kata yang sebenar.

Semoga cerpen ini menjadi pedoman dan pengajaran kepada kita.

sesungguhnya Allah lah CINTA teragung kita.......


April 24, 2009

SALAM SAIYIDUL AYYAM


alhamdulillah wa syukrillah......

Sehingga saat ini aku dpanjangkan lagi umur oleh Yang Maha Kuasa n Yang Maha Pemilik Allah swt. Dia lah yg berhak memiliki segalanya..
Ternyata apabila kita mmpunyai keazaman untuk melakukan sesuatu yg tinggi, insyaAllah segalanya pasti akan terlaksana dengan izin Allah.

Hmmm pagi ni aku terasa sangat tenang n nikmat ketenangan ini sesungghnya bknlah akan dapat dimiliki oleh setiap individu. tidak kiralah walau bnyk mana sekali pun harta, tinggi manapun pangkat, namun sekiranya nikmat ini tidak diberikan olehNya, pasti seseorg individu 2 tidak akan dapat merasainya....alhamdulillah 3x.....
Marilah sama2 kita beristighfar kepada Allah swt mudah-mudahan zikrullah kita dibalas dengan keampunan Nya.
Sebenarnya ana tengah sedih sekarang ni sbb xblh nak dengar rancangan kegemaran ana setiap pagi kat IKIM.huhu...susah sangat nak dapat siaran. So, sebagai inisiatif untuk hilangkan rasa sdih ni, ana ambil peluang tuk tulis blog..hmmm tapi blog ni mcm kosong ja kan.xsempat nak tambah bhn2 yg boleh tingkatkan keserian blog ni.insyaAllah akan diperbaiki selepas ni.
ok wallahua'lam.....jumpa lagi.

April 22, 2009

ada lagi nak kongsi cerita ni...




Sebagai taaruf saya nak cerita sedikit tentang latar belakang saya...



alhmdulillah skrng saya sedang menuntut di bumi Allah UPSI...xlama lagi bakal jadi pendidik..insyaAllah...



belajar dlm jurusan pendidikan sains biology...minor pendidikan kimia insyaAllah...pada mulanya niat di hati ingin sangt mohon program AT35 (pendikan pengajian Islam), tp saya yakin saya lbh diprlukan dlm bidang yg saya dapat sekarang ni....pertamanya saya ingin mehohon maaf kepada semua pelawat n pembaca sekiranya bahasa yg saya gunakan ni agak xsedap didengar...



(klu ada la....)



emmm saya brasal dari kg tanjung setol. dekt ja dengan pekan pendang, kedah.emmm sepanjang study dkat upsi ni ramai yg tegur, loghat kedah yg saya gunakan sangt pekat....hmmm nak buat mcm mana yea....bila guna ja bahasa baku terus jadi kaku n xlancar nak cakap...masalah jgk ni kan...



apa pun insyaAllah akan aku perbaiki bahasa yg digunakan utk kepentingan bersama....



dalam menulis blog sekarang ni, saya masih berada dalam exam week...bnyk bnda lagi yg xstudy tapi perasaan nak wujudkan blog sendiri menguasai diri....alhamdulillah dah wujud pun blog sendiri.



berbalik kpd sesi taaruf, saya merupakan anak yg terakhir dalam family. nak kata manja 2 biasa la tapi tugas saya dalam family sangt besar n berat. namun saya yakin dengan adanya kesungguhan untuk mntarbiah diri n juga kluarga tersayang saya dapat mmberikan kebahagiaan yg sebenarnya pd keluarga.kita kena ingat yea, setiap drpada kita mmpunyai peranan masing2, peranan kita 2 sangt2 lah diperlukan untuk mnjadikan kehidupan kita ni sempurna....



sekiranya kita dilahirkan dalam sebuah keluarga yg sangat mnjaga tatatertib agama bersyukurlah...ttp sekiranya sebaliknya, kita lah yg perlu mengubahnya...keluarga adalah orang yg paling dekat dengan kita n kitalah yg bertanggungjawab kpd keluarga kita.....



(sayangi keluarga tanggungjawab bersama, jadikan Allah matlamat akhiri kita, cintakan tuhan bahagia selama lamanya...)

pertama kali aku di laman blog sendiri


salamwarahmatullah....

alhamdulillah wa syukrillah dipanjtkan pd Allah swt krn beri kesempatan utk aku menulis blog..eh emm sebelum 2 reka blog dulu la...1st time join ni..rasa kekok jgk sbb apa la yg dapat aku sumbangkan pada blog ni...nak berkongsi ilmu, mungkin masih kurang ilmu di dada. tapi aku sngt yakin inilah cara yg terbaik utk meningktkn kefahman n pengtahuan .....(hidup berkongsi adalah lbh baik dr sendirian)...walaupun serba kekurangan, diharap semua pembaca nnt dpt mmberi sedikit sebanyak cadangan, teguran, nasihat n ilmu yg bermnfaat kepada pemilik blog n untuk pelawat blog ni jgk ...

apa ya nak kongsi sebelum perlajalanan aku di medan ni dteruskan?emmm insyaAllah sebagai permulaan saya ingin menyeru diri saya sendiri n kpd antum antunna sekalian, selalulah kita check n semak niat kita dlm apa jua pekerjaan sekali pun...mungkin kadang2 kita dilalaikan dan dibebankan dengan nikmat dunia sehingga kita terlupa matlamat sebenar kita sebagai khalifah di muka bumi ni....

cuba kita bayangkan betapa Pemurah n Pengasihnya Allah swt sehingga setiap perlakuan n perbuatan kita yg diniatkan krn Dia adalah sebagai ibadah. tambahan lagi, setiap ibadah yg kita lakukan 2 akan diberikan pahala dan ganjaran dr Allah....masyaAllah....betapa besarnya cintaMu ya Allah kepada kami...

oleh itu, aku sngt2 mengharapkan niat ku sentiasa krnMu n permulaan perjuangnku di medan juang ini diredhaiMu.......